Thursday, August 26, 2010

SATU MUHASABAH : Kenapa Yahudi Bijak

Kisah ini diambil dari sebuah cerita yang di kongsi di Facebook. Same-samela kita hayati..

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!



pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
sbg bukti islam semakin lemah.
xkira dari pucuk pimpinan hingga ke orang bwahan



Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!


Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

 kredit untuk blog http://syurgadidunia.blogspot.com/

Wednesday, August 25, 2010

InSaN bErNaMa KeKaSiH

semasa dalam perjalanan untuk ke tempat kerja..aku telah mendengar sebuah lagu yang sedag diputarkan di sebuah stesen radio..lirik lagu itu aku cuba hayati..sungguh indah sekali..dan sebagai mengisi masa terluang aku telah membuat sebuah video ringkas untuk lagu tersebut...dan inilah hasilnya..hehe


Thursday, August 19, 2010

~ adakah syaitan benar-benar diikat di bulan ramadhan ~



apabila terbaca tajuk entry ini pastinya ada yang tertanye-tnye..apakah y ingin ku kupaskan pada entry kali ini.baru-baru ini ku ad menonton di televisyen ( tv3 xsilap) sebuah tazkirah y disampaikan oleh seorang ustaz ini..ku cukup tertarik dengan persoalan y di tanye kepada ustaz tersebut persoalannya mudah sahaja, kenapa di bulan pose@ramadhan ini masih berlakunya maksiat di kalangan umat Islam?? adakah syaitan benar-benar diikat@dibelengu di bulan ramadhan??

jawapan y berikan ustaz itu cukup ringkas dan padat bg ku.. mengapa masih berlaku maksiat di bulan pose ini walaupun syaitan telah diikat adalah disebabkan kerana manusia y melakukan kejahatan@maksiat itu telah diasuh@dilatih oleh syaitan selama 11 bulan untuk melakukan segala perbuatan maksiat itu..jadi untuk berhenti dari melakukan perkara jahat@maksiat untuk sebulan (bulan ramadhan) seperti sudah xboleh dibendung lg..jd sebab itulah masih berlakunya perkara maksiat ini..

bagaikan tidak cukup dengan penjelasan itu, ku usahakan diri ini mencari penjelasan y lebih mendalam berhubung perkara ini..ini antara kupasan y ku perolehi..

Diantara hadis yang sering dikumandangkan setiap kali hadirnya bulan Ramadhan ialah hadis yang berbunyi :  “Apabila masuk bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahannam, serta dibelenggu  syaitan-syaitan”.

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.Ia adalah hadis yang sahih yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari(lihat Ibnu Hajar, Ahmad bin Ali bin Hajar(1998), Fathul Bari, Kaherah : Dar al-Hadis, jld.4, hlm.140)

Hadis ini menimbulkan kemusykilan di kalangan sesetengah orang, khususnya yang berkaitan dengan “pembelengguan syaitan di bulan Ramadhan”.Kemusykilan timbul apabila mereka melihat wujudnya realiti yang seolah-olah menidakkan kenyataan bahawa syaitan dibelenggu pada bulan yang mulia ini.

Hadis di atas memberikan gambaran bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang bersih dari segala perlakuan maksiat manusia dan dosa.Ini kerana, punca manusia membuat angkara dan terjebak ke kancah dosa, iaitu syaitan, telah dibelenggu dan diikat.

Tetapi, realiti yang berlaku adalah sebaliknya.Maksiat dan kemungkaran masih juga berlaku pada bulan Ramadhan.Situasi ini, pada sesetengah orang, adalah petanda bahawa syaitan masih bebas bergerak untuk menggoda dan menghasut manusia, sehingga mereka tergelincir ke lembah dosa.

Hadis Nabi s.a.w membayangkan ketidakwujudan kemungkaran dan maksiat pada bulan Ramadhan, lantaran puncanya-yakni syaitan-telah diberkas.Sementara realiti yang ada pula mempamerkan hakikat sebaliknya.Inilah yang mencetuskan kemusykilan.

Untuk merungkai kemusykilan ini, huraian para  ulama’ perlulah dirujuk.Terdapat beberapa pandangan  ulama’ yang menghuraikan makna pembelengguan syaitan ini.Ringkasnya, terdapat dua pendapat seperti berikut(lihat Ibnu Hajar, Ahmad bin Ali bin Hajar(1998), Fathul Bari, jld.4, hlm.141-142) :

   1.      Pendapat pertama mengatakan,  “pembelengguan syaitan pada bulan Ramadhan” sebenarnya hanyalah satu kiasan.Ertinya, syaitan bukannya benar-benar dibelenggu ataupun diikat.Ungkapan  “syaitan  dibelenggu” digunakan hanya sebagai kiasan untuk merujuk kepada makna lain. Ia sama dengan ungkapan “pemandu yang tidak beretika digantung  lesennya”.Perkataan “digantung” disini hanyalah sekadar kiasan.Ia tidak membawa maknanya yang sebenar iaitu lesen diikat dengan tali, kemudian digantung pada tiang.Sebaliknya, ia adalah kiasan kepada pembatalan  ke“sah”an lesen tersebut.

   2.      Pendapat kedua mengatakan,  “pembelengguan syaitan pada bulan Ramadhan” membawa maksudnya yang asal.Iaitu, syaitan benar-benar dibelenggu dengan makna diikat atau diberkas.Ertinya, ia bukan satu kiasan.

Pembelengguan syaitan hanyalah kiasan

Ulama’ yang mengatakan “pembelengguan  syaitan” hanyalah kiasan, berbeza pandangan dalam menentukan maksud kiasan ini.Sekurang-kurangnya terdapat dua pendapat dalam menentukan maksudnya.Ia seperti berikut :

Pendapat pertama dikemukakan oleh al-Hulaimi.Beliau mengatakan  “ada kebarangkalian bahawa maksud  “syaitan  dibelenggu” ialah  “mereka tidak dapat menggoda manusia sepenuhnya pada bulan Ramadhan seperti pada bulan-bulan yang lain, disebabkan manusia sibuk dengan berpuasa yang mengekang syahwat, membaca al-Quran dan  berzikir”.Ini boleh disamakan dengan ungkapan “dalam sistem diktator, rakyat ditutup mulut dan  digari”.Ungkapan ini membawa makna  “rakyat tidak sepenuhnya dapat bersuara dan bebas melakukan aktiviti yang dianggap menggugat  kerajaan” disebabkan sekatan undang-undang.


Pendapat kedua pula dikemukakan oleh al-Qadhi  ‘Iyadh.Beliau berkata :
“Ada kebarangkalian ungkapan  “pembelengguan  syaitan” adalah kiasan kepada keterbatasan kemampuan mereka untuk menggoda manusia dan memperindahkan nafsu syahwat pada pandangan  manusia”.

Jika diamati, kedua-dua pandangan ini adalah sama.Kesimpulannya, “pembelengguan syaitan pada bulan  Ramadhan” adalah kiasan kepada “kemampuan mereka yang terhad dan terbatas untuk menggoda dan memperdayakan manusia”.

Jika pendapat ini dijadikan pegangan, maka kewujudan maksiat pada bulan Ramadhan tidak lagi menjadi kemusykilan.Ini kerana, syaitan bukannya benar-benar dibelenggu. Mereka masih bebas bergerak pada bulan Ramadhan seperti pada bulan-bulan yang lain.Mereka juga masih mampu menggoda dan menghasut manusia supaya melakukan dosa, tetapi dalam serba keterbatasan dan kemampuan yang sangat terhad.

Kemampuan mereka untuk menggoda manusia menjadi terbatas disebabkan manusia sibuk dengan puasa, membaca al-Quran dan berzikir seperti yang dinyatakan oleh al-Hulaimi.

Justeru itu
, berasaskan pandangan ini, kewujudan segelintir manusia yang melakukan maksiat pada bulan Ramadhan, sebenarnya adalah terjemahan kepada kedhaifan iman. Ini kerana, mereka masih boleh digoda oleh syaitan meskipun langkah dan pergerakan syaitan serba terbatas dan terhad.Ini adalah pendapat  ulama’ yang mengatakan hadis di atas adalah kiasan.

Syaitan benar-benar dibelenggu

Adapun  ulama’ yang mengatakan  “pembelengguan  syaitan” membawa makna mereka memang benar-benar diikat dan dirantai, mereka berbeza pendapat dalam menentukan syaitan-syaitan yang diikat seperti berikut :

Pendapat pertama
mengatakan, yang dibelenggu hanyalah sebahagian syaitan sahaja iaitu pencuri berita-berita dari langit ataupun “pelampau-pelampau” syaitan.

Pendapat yang kedua pula mengatakan kesemua syaitan diikat tanpa terkecuali.

Mereka  yang berpandangan bahawa yang diberkas hanyalah syaitan-syaitan yang mencuri perkhabaran dari langit mengatakan, meskipun syaitan-syaitan ini telah dihalang dari mendengar berita-berita dari langit sejak zaman penurunan al-Quran lagi, namun mereka masih diberkas pada setiap bulan Ramadhan sebagai langkah penjagaan yang maksimun.Ia bertujuan memastikan ke tahap yang maksimun bahawa tiada berita-berita langit yang dapat didengari oleh syaitan.

Berasaskan pendapat ini, tidak semua syaitan diberkas pada bulan Ramadhan.Yang diikat hanyalah syaitan-syaitan yang dinyatakan di atas.Sementara syaitan-syaitan yang lain, masih bebas berkeliaran melakukan tugas menyesatkan manusia.

Sementara  ulama’ yang berpendapat hanya pelampau-pelampau syaitan sahaja yang diikat, mereka berdalilkan dengan beberapa hadis yang lain.Antaranya, hadis yang dikeluarkan oleh Imam  Nasa’ie dari Abu Qilabah dari Abu Hurairah r.a yang berbunyi  “…dan dibelenggu padanya(yakni pada bulan Ramadhan) pelampau- pelampau  syaitan”.

Jelasnya, hadis riwayat Imam  Nasa’ie ini memperincikan hadis riwayat Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari yang dibicarakan ini.Dalam erti kata lain, hadis yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari datang secara umum.Ia hanya menyebut “dibelenggu  syaitan-syaitan” tanpa diperincikan.Manakala hadis Imam Nasa’ie ini datang dalam bentuk yang lebih detail, dimana dijelaskan jenis syaitan yang dibelenggu pada bulan Ramadhan.Oleh itu, hadis Imam  Nasa’ie ini-pada pandangan sebahagian  ulama’- dianggap sebagai pentafsir kepada hadis Imam Bukhari.

Adapun  ulama’  yang mengatakan kesemua syaitan diikat tanpa terkecuali, mereka berpegang kepada lafaz zahir hadis Imam Bukhari.Hadis tersebut dengan terang mengatakan para syaitan dibelenggu tanpa disebutkan pengecualian.Diantara ulama’ yang berpegang kepada zahir hadis ini ialah Imam Qurtubi.

Di sinilah timbulnya kemusykilan.Jika kesemua syaitan diberkas pada bulan Ramadhan,mengapa masih kedapatan manusia yang melakukan kemaksiatan dan kemungkaran?.

Kemusykilan ini dijawab oleh Imam Qurtubi dengan mengatakan  “pembelengguan kesemua syaitan tidak membawa makna tidak akan berlaku kejahatan dan maksiat kerana ada sebab-sebab lain berlakunya maksiat dan kejahatan seperti hawa nafsu yang jelek, adat kebiasan yang buruk dan syaitan-syaitan  manusia”.

Pada pandangan penulis, pendapat yang rajih(kuat) ialah pendapat Imam Qurtubi, iaitu kesemua syaitan dibelenggu pada bulan Ramadhan tanpa terkecuali.Pendapat ini boleh diterima pakai biarpun realiti yang ada menunjukkan kejahatan dan maksiat-yang dikaitkan dengan godaan dan hasutan syaitan-masih berlaku pada bulan Ramadhan.

Ini kerana, punca kejahatan dan dosa yang dilakukan oleh manusia, bukan hanya disebabkan oleh hasutan dan godaan syaitan.Ia juga berpunca dari hawa nafsu yang kotor, adat kebiasaan yang buruk dan peranan syaitan-syaitan manusia seperti yang dinyatakan oleh Imam Qurtubi.

Pengajaran yang dapat diambil di sini ialah, pelaku maksiat pada bulan yang mulia ini perlu menjadikan puasa mereka sebagai alat untuk membersihkan nafsu yang jahat, adat kebiasan yang buruk dan untuk menjauhkan diri dari manusia-manusia yang jahat, yang mengajak kepada keburukan dan kemungkaran.diharapkan dengan penjelasan y ku perolehi ini, sedikit sebanyak dapat menjelaskan mengenai tajuk entry pada kali ini... (",)





Tuesday, August 17, 2010

[ TahAp TaHaP pOsE ]



Assalamualaikum sume...
seperti y dijanjikan pada entry y lepas,
pd entry kali ini ku ingin mengupas mengenai tahap-tahap org y pose ni...

Ada terdapat 3 jenis tahap puasa.
Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumiddin’ menyebut :3“Puasa ada tiga kedudukan:
  1. Puasa al-umum,
  2. Puasa al-khusus
  3. Puasa khusus al-khusus.
Tahap pertama: Puasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa tahap ini adalah paling rendah hanya puasa orang awam. Puasa sebegini hanya sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa.

Tahap kedua: Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Puasa di tahap ini pula adalah di tingkatan kedua iaitu puasa orang khas. Puasa dbagi tahap ini akan cuba menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya.

Tahap ketiga : Puasa Khusus al-khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat.
Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia. Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata:
Sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan. Tahap puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin.
Puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.

Di tahap ini adalah di tingkatan ketiga iaitu puasa yang paling khas. Mereka bukan sahaja menjaga segala perkara yang membatalkan puasa tetapi juga perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. Anggota badan turut berpuasa dan hati pula sentiasa berzikir kepada ALLAH, subhanallah!!. Antara akhlak bagi mencapai tahap ini ialah menjaga lidah dan mulut. Orang yang berpuasa perlu menjaga lidah daripada bercakap perkara yang sia-sia.

Bagaimana untuk mencapai puasa tahap yang ketiga ini? 

Menurut Imam al-Ghazali juga bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh maka perlu menyempurnakan 6 perkara iaitu:
  • Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang boleh menggangu dan melalaikan hati dari mengingati Allah S.W.T.
  • Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran
  • Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar. Justeru, Allah Menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya:
Maksudnya:
“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).”
(Surah al-Maidah: 42)
  • Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahannya dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.
  • Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah dari perut yang penuh dengan makanan halal. Bagaimana mungkin seseorang itu mampu mematahkan keingginan syahwatnya dan mengalahkan musuhnya sedangkan ketika berbuka ia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika ia berpuasa pada siang harinya. Hingga sesetengah mereka memakan makanan yang tidak biasa dimakannya ketika hari tidak diwajibkan berpuasa.
  • Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang celaka.
jadi marilah kita merenung kembali mengenai tahap puasa kota berada di tahap mana?? tepuk dada tanyela iman..semoga kita sama-sama mendapat syafaat daripadaNya.. 


Friday, August 13, 2010

~ BuLaN rAmAdHaN iTu BuLaN tAqWa ~



syukur alhamdulilah kita masih dipanjangkan usia untuk melalui bulan ramadhan pada tahun ini..hari ini masuk hari ke-3 umat islam berpuasa...masih ad lg 27 hari lagi untuk umat islam berpuasa..semoga kita berjaya melalui bulan ini dengan jayanya..


untuk entry kali ini aku cma nk kongsi sket kt sume pasal tajuk khutbah y ak dgr mse smyg jumaat kt kg ak td...tajuk die mmg bes, kne la gn tema y sedang kita lalui skunk iaitu bulan pose kn...tajuk entry ak kali ni  
' bulan ramadhan itu bulan taqwa '..ini adalah sedikit kupasan daripada khutbah itu tadi...

kita sebagai makhluk Allah di atas muka bumi pasti tidak akan terlepas drpd melakukan kesilapan samada dosa kecil mahupun dosa besar secara kita sedar ataupun xsedar...dan igtlah pintu taubat sentiasa terbuka untuk makhluk Allah atas muka bumi ni..jadi sebagai umat Islam kita sepatutnye merebut peluag y ad ni untuk bertaubat dan mendekatkan diri kita dgn Allah..dengan kehadiran bulan ramdhan kita sepatutnya bersyukur kerana Allah telah memberi kita bulan ini untuk terus mendampingiNya malah ganjarannye di lipat gandakan lagi...alangkah ruginye klu kita xrebut pluag ni....

sesungguhnya bulan Ramadhan juga la bulan y amat di tunggu2 kerana apabila tiba saja bulan ini, roh dlm diri kita akan bercahaya kerana mengharapkan rohnye dpt dibersihkan dr segala kekotoran ataupun titik itam...kita banyak mendengar mengenai fadhilat tentang bulan Ramadhan kn seperti slh satunya Malam Lailatul Qadar dan Nuzul Quran....Maha Besar Allah..jika kita dapat merasainya alangkah indahnye rase..sesungguhnya, setiap malam di bulan Ramadhan adalah malam istimewa, malahan setiap saat dan waktu pada bulan ini juga adalah istimewa juga....jadi kita kne rebutlah pluag y ada ini untuk setiap saat kita melipat gandakan amalan kita...pada bulan ini seeloknya kita melaksanakn amalan sunat seperti amalan wajib..banyakkan tadarus Al-Quran, solat sunat dan amlan lain..sesungguhnya Allah telah menjanjikan ganjaran untuk umatnye y melaksanakan amalan terhadapNya... Maha Besar Kuasa Allah..

puasa juga mempunyai 3 peringkat ataupun tahap...Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumiddin’ menyebut :   3“Puasa ada tiga kedudukan:
  1. Puasa al-umum,
  2. Puasa al-khusus
  3. Puasa khusus al-khusus.

Tahap pertama: Puasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa tahap ini adalah paling rendah hanya puasa orang awam. Puasa sebegini hanya sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa.

Tahap kedua: Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Puasa di tahap ini pula adalah di tingkatan kedua iaitu puasa orang khas. Puasa dbagi tahap ini akan cuba menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya.

Tahap ketiga : Puasa Khusus al-khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat.

Dikedudukan mana puasa kita? Puasa khusus, al-khusus, puasa al-khusus atau sekadar puasa al-umum sahaja? Sekadar peringatan untuk diriku ini dan juga untuk sume y membaca..


untuk maklumat lebih lanjut mengenai peringkat/tahap puasa ini akan ku terangkan pada entry y akn dtg....(",)

disamping itu pada bulan ini kita juga digalakkan untuk bersedekah atau memberi bantuan kepada fakir miskin dan anak yatim...sesungguhnya setiap pendapatan kita siang dan malam itu bukan milik kita sepenuhnya..sebahagiannya adalah adalah milik fakir miskin dan ank yatim..sebab itu di adakan zakat...sesungguhnya zakat itu adalah salah satu cara untuk kita membersihkan segala pendapatan y kita perolehi..mungkin kita tidak sedar bahawa semasa kita memperoleh pndapatan itu ada berlaku cacat cela jadi dengan adanya zakat dapat mebersihkan pendapatan y kita perolehi itu...

sampai di cini saja coretan ak utk entry kali ini...yang baik itu dtgnye dari Allah dan y buruk itu dtgnye dr diri ku ini...semoga kita berjumpa lagi pd entry akn dtg...selamat menjalani ibdah puasa dengan jayanya..
peace no war...

Thursday, August 12, 2010

:: Salam Ramadhan ::

salam menyambut bulan ramdhan untuk semua...

kt cni aku nk kongsi spnjag pglman y pnh ku lalui seperti tahun2 sebelum ini...hehe
ada satu tu, baru hari pertama sudah memutarkan lagu raya....haha
 cepat btol semangat raye org tu (y menulis ni pn dlu pnh buat)..hehe
para suri rumah pula sibuk menyiapkan kelengkapan untuk perayaan(xnk kelam kabut kononnye..hehe)..
di bulan ramadhan jugakla rezeki peniaga melimpah ruah kerana pada bulan ini juga bazar ramadhan di buka..
cuma ingatan untuk peniaga, klu hendak menjual biala dengan ati y ikhlas..ad seorang kawanku pnh 'terkene' 
dgn peniaga bazar ramdhan ni,kueh y dibeli oleh rakanku ini rupe-rupenye kueh y da 
luput tarikh(lebihan jualan hari sblumnye), xelok la berniaga mcm tu..
igtla, kita nk menjual tu pastikan ikhlas dan dgn niat nk mndaptakn rezeki y halal, bkn sebab nk untung je..
klu untung tp xberkat xgune jgk..lme2 pelanggan pn lari..
setiap pendapatan y kita perolehi itu akn jadi drh daging kita nti..
jgnla nk slhkan sape la klu tibe2 nti badan rase xshat, ad penyakit ni penyakit tu..tu sume berkait rapat dengan kehidupan seharian kita, apa y kita telah lakukan..
pastikan sume y kita perolehi itu HALALAN TOYYIBA...

pada bulan ramdhan ni juga, diri ni mntak maap kepada sume kenalan ku..semoga dengan kehadiran ramdhan ini dapat memberi 1001 pengertian terhadap dirI kita sume..
kita rebutla peluang y ada ini dan anggapla ini adalah ramAdhan terakhir y kita akan jumpe...
marila kita same melipat gandakan amalan kita...
ku akhiri tulisan ku kali ini dengan ucapan 

~SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERIBADAT~